Monday, September 28, 2009

RaYa! rAyA! RaYa!

Salam..

Dah lama aku luper kan blog nie... tibe2 lepas raya nie aku teringat la pulak nak citer raya aku tahun nie kat blog nie..

Tahun nie aku raya kat kpg ulu selangor.. rumah yang dah lama aku tinggal walaupun mak aku blk tiap2 minggu untuk menjenguk umah 2... aku dah duduk kat umah 2 sejak aku kecik lagi... so tahun nie aku beraya kat kpg yg tercinta 2... kat felda sungai tengi(aku rasa xder orng pun tau kpg aku 2 sbb terletak di dalam utan huhuuhuu..)

Tahun nie x sumer la adik-beradik dalam Family aku balik... cume kami(adik-beradik) yang belum kahwin & abg yang dok kat KL jer iaitu abg aku yang no.2... so happening la ckit sbb ader gak anak2 sedara aku raya sekali klu x sunyi la jugak... akak aku yang no.2(dalam adik beradik die no. 5) kene keje so die berulang la dari kpg aku ke tempat keje die...akak aku 2 sejak die keje kat airport jarang beraya, pagi2 raya orng beraya kat umah die beraya kat tempat keje...ader la sekali sejak 6 tahun keje die beraya ngan kitaorng adik beradik... so tahun nie pun die beraya kat airport jugak..

Citer pasal juadah raya nie, kebiasaannyer akan masak rendang, ketupat, ketupat palas, sambal goreng & ayam masak kicap. juadah2 tu mmg wajib ader pagi raya.. pendek kata klu xder mcm x raya la...huhuhu...

Tapi aper pun raya aku cukup meriah la... ramai sedara datang umah.. dan kitaorng pun byk beraya umah orang yang kiteorg x pnh raya tahun sebelum nie.... sampaikan masa raya kedua 2 kakak ipar jemput kawan die masa sekolah dulu datang umah nenek aku...sembang punyer sembang rupernyer laki die 2 sedara ngan family aku....reunion kakak aku tu jadi pertemuan jejak kasih la pulak... kecik btl kan dunia nie kan...x sangka kawan kakak ipar aku pun boleh jadi sedara...hehehehe....


kampung halaman aku di Sungai Tengi



lagi gambar kenangan umah aku kat kpg


Suasana dipagi raya.. sedih dan syahdu dipagi raya(bermaaf-maafan)


time nie giliran aku pulak... sob2 sedih giler salam bapak aku..

ni la anak buah aku.. posing2 lepas bersalam-salaman.
(dari kiri:- tasya,najmi,iyah, alif dan yang diriba daniel(dorng nie a
dik beradik))


ini la pic ayahanda dan bonda aku yang tercinta..


yg ni pulak mak, kakak & anak sedara......


iyah,sarah(yg belakang),tasya & rabiatul...


ni sarah adik aku paling bongsu berposing dipondok..

ni la pic aku penulis blog nie.... bergambar ngan pondok yg direka khas oleh bapak aku untuk anak2nyer berposing...wawawa(bergurau jer..)


Ini la sedikit sebanyak citer dan pic kenangan yang semapat aku rakam untuk raya tahun.. untuk yang tahun hadapan kiter citer lain pulak... cerita ini xder kene-mengena ngan orng lain selain family aku.. sekiranyer ader yang ade mengena itu hanya la kebetulan.... dikesempatan ini jugak aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFFITRI maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali aku... haraf korang sumer halal kan la mkn minum dan haraf maafkan aku klu ader terkasar bahasa k...

Monday, September 14, 2009

KeMiSKiNAn

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Sayamengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat kesekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentangbaju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran sayatercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya sayahanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecualianggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masihjuga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketigasaya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat.Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yangjatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun iamasih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelahmendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuahkawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangatdaif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalamkeadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hatimenuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai didepan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terusbergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudahberlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itusambil menahan airmata yang mula tergenang.“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu darijauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”Dia terkejut dan wajahnya berubah.“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itusaja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukulkamu?”” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kitapada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkancikgu, …….”
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunyasetakat yang mampu.Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru,sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;i. Solat sunatii. puasa sunatiii. berzikiriv. bersedekahv. mengusap rambut anak yatimvi. mendengar cerita2 kesusahan orang lainvii. membantu orang susah