Friday, October 9, 2009

MeJaR Dr. FaIz BiN KhAlEeD

SeMaLaM DaLaM SeJaRah..

Putrajaya 8okt - Jabatan Akauntan negara mengadakan hari integrit
i dan inovasi. dan jabatan jugak mengada kan satu sessi ceramah bersama Mejar Dr. Faiz bin khaleed angkasawan ke-2 Malaysia. antara initipati ceramah yang disampaikan oleh beliau adalahkaitan bidang angkasawan dengan inovasi.BERNAMA..

hehehe.. korang sumer jgn salah faham k.. berita nie aku reka sendiri... xder kene mengena pun ngan utusan mahupun berita harian...nie la yang aku nak citer dalam blog aku kali nie..dan aku sgt teruja bile dapat berjumper ngan angkasawan 2 malaysia...


ceramah agak mengantuk.. tapi biler mejar dr. faiz siarkan video2 latihan die berade di moscow, Russia aku mcm teruja pulak..antara vedio yang ditunjukan ialah mcm proses kapal angkasa(Soyuz) 2 naik dan turun dari ISS... Mejar Dr. jugak tunjukkan jugak cara nak selamat kan diri bila kapsul 2 jatuh kat tempat yang tidak dijangka..beliau jugak cerita pasal kehidupan angkasawan pertama kat ISS.....aku mmg btl2 teruja tgk angkasawan 2 naik keatas... mcm lagu nie...wawawawa...berangan pulak.. sambil2 korang dgr lagu nie jom tgk pic Mejar Dr.Faiz Bin Khaleed

I believe I can fly
I believe I can touch the sky
I think about it every night and day
Spread my wings and fly away

I believe I can soar
I see me running through that open door
I believe I can fly
I believe I can fly
I believe I can fly


tgh tggu Mejar Dr. Faiz Bin Khaleed

sempat berposing sementara menunggu Mejar


ni gambar mai ngan Mejar(gambar ni x terang sgt tapi aku letak sbb pic mai ngan mejar xder kat bawah nie)


ira sembang ngan Mejar Dr. Faiz


finally kitaorang dapat gak gambar beramai-ramai ngan angkasawan ke-2 malaysia..

harap-harap lain tahun dapat jumper ngan Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustaph angkasawan pertama malaysia.

~~BpTm BeRaYa~~

SaLaM....

Raya biasanyer akan dikaitkan ngan rumah terbuka.. setiap kali tiba nyer raya...akan ader byk rumah terbuka.. termasuk la department aku pun buat rumah terbuka sempena raya aidilfitri yang baru disambut umat islam..jom kiter tgk gambar2 yang aku sediakan semasa jamuan aidilfitri(rumah terbuka) yang di anjurkan BPTM baru-baru ini...

mai,ila & ayu posing

sempat lagi nak amik pic..

ira & haza

sempat lagi ira bergayut

mai & rose

aku,ira,ros,mai&ila

makan beradap..

bosan dah berposing

yang pakai tudung pink posing lebih2..

k.ina, nizam yg sengal & aku

red karpet

posing selepas kenyang mkn...


p/s: minggu depan hari khamis(15/10/2009) jamuan jabatan akauntan negara pulak... jom join selamat menjamu selera di rumah-rumah terbuka..untuk rumah terbuka yang akan datang nie nnt aku citer dalam blog aku lagi....tgguuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!

Monday, September 28, 2009

RaYa! rAyA! RaYa!

Salam..

Dah lama aku luper kan blog nie... tibe2 lepas raya nie aku teringat la pulak nak citer raya aku tahun nie kat blog nie..

Tahun nie aku raya kat kpg ulu selangor.. rumah yang dah lama aku tinggal walaupun mak aku blk tiap2 minggu untuk menjenguk umah 2... aku dah duduk kat umah 2 sejak aku kecik lagi... so tahun nie aku beraya kat kpg yg tercinta 2... kat felda sungai tengi(aku rasa xder orng pun tau kpg aku 2 sbb terletak di dalam utan huhuuhuu..)

Tahun nie x sumer la adik-beradik dalam Family aku balik... cume kami(adik-beradik) yang belum kahwin & abg yang dok kat KL jer iaitu abg aku yang no.2... so happening la ckit sbb ader gak anak2 sedara aku raya sekali klu x sunyi la jugak... akak aku yang no.2(dalam adik beradik die no. 5) kene keje so die berulang la dari kpg aku ke tempat keje die...akak aku 2 sejak die keje kat airport jarang beraya, pagi2 raya orng beraya kat umah die beraya kat tempat keje...ader la sekali sejak 6 tahun keje die beraya ngan kitaorng adik beradik... so tahun nie pun die beraya kat airport jugak..

Citer pasal juadah raya nie, kebiasaannyer akan masak rendang, ketupat, ketupat palas, sambal goreng & ayam masak kicap. juadah2 tu mmg wajib ader pagi raya.. pendek kata klu xder mcm x raya la...huhuhu...

Tapi aper pun raya aku cukup meriah la... ramai sedara datang umah.. dan kitaorng pun byk beraya umah orang yang kiteorg x pnh raya tahun sebelum nie.... sampaikan masa raya kedua 2 kakak ipar jemput kawan die masa sekolah dulu datang umah nenek aku...sembang punyer sembang rupernyer laki die 2 sedara ngan family aku....reunion kakak aku tu jadi pertemuan jejak kasih la pulak... kecik btl kan dunia nie kan...x sangka kawan kakak ipar aku pun boleh jadi sedara...hehehehe....


kampung halaman aku di Sungai Tengi



lagi gambar kenangan umah aku kat kpg


Suasana dipagi raya.. sedih dan syahdu dipagi raya(bermaaf-maafan)


time nie giliran aku pulak... sob2 sedih giler salam bapak aku..

ni la anak buah aku.. posing2 lepas bersalam-salaman.
(dari kiri:- tasya,najmi,iyah, alif dan yang diriba daniel(dorng nie a
dik beradik))


ini la pic ayahanda dan bonda aku yang tercinta..


yg ni pulak mak, kakak & anak sedara......


iyah,sarah(yg belakang),tasya & rabiatul...


ni sarah adik aku paling bongsu berposing dipondok..

ni la pic aku penulis blog nie.... bergambar ngan pondok yg direka khas oleh bapak aku untuk anak2nyer berposing...wawawa(bergurau jer..)


Ini la sedikit sebanyak citer dan pic kenangan yang semapat aku rakam untuk raya tahun.. untuk yang tahun hadapan kiter citer lain pulak... cerita ini xder kene-mengena ngan orng lain selain family aku.. sekiranyer ader yang ade mengena itu hanya la kebetulan.... dikesempatan ini jugak aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFFITRI maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali aku... haraf korang sumer halal kan la mkn minum dan haraf maafkan aku klu ader terkasar bahasa k...

Monday, September 14, 2009

KeMiSKiNAn

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Sayamengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat kesekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentangbaju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran sayatercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya sayahanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecualianggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masihjuga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketigasaya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat.Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yangjatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun iamasih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelahmendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuahkawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangatdaif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalamkeadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hatimenuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai didepan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terusbergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudahberlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itusambil menahan airmata yang mula tergenang.“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu darijauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”Dia terkejut dan wajahnya berubah.“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itusaja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukulkamu?”” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kitapada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkancikgu, …….”
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunyasetakat yang mampu.Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru,sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;i. Solat sunatii. puasa sunatiii. berzikiriv. bersedekahv. mengusap rambut anak yatimvi. mendengar cerita2 kesusahan orang lainvii. membantu orang susah

Friday, August 28, 2009

SeCeBIs QaSEh SaYaNG


Wahai sahabat2ku Baca dan hayati la pengorbanan seorang adik pada seorang kakak dalam kisah SECEBIS KASIH SAYANG, pastinyer kamu akan mengeluarkan air mata....


Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,

"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang…!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..

"Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk
kupu-kupu.Dia
mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

''Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya..

"Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi…aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya…."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. "

''Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.


"Jika tak dapat apa yang kita suka,,belajarlah menyukai apa yg kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."




Keluarga Bahagia

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia

Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu

Friday, August 14, 2009

Sekadar menyampaikan.......

Assalamualaikum,

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.
Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah.

Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas.

Surah ini, katanya, surah tauhid.

Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun

Surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.



Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'.

Kemudian, beliau sebut - Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu.

Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati.

Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.


Ketiga, kuat fizikal

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

Beliau mengamanahkan supaya disebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk disampaikan..

Thursday, August 13, 2009

TaZKiRah ReMAja

MANUSIA berusaha siang malam malam mencari rezeki termasuk ada yang menggadai nyawa, tetapi mengapa ia tidak memberikan jaminan kebahagiaan?

Mengapa rumah besar dan megah, tetapi masih tidak gembira? Isteri cantik, suami tampan, tetapi rumah tangga masih bertaburan!

Begitu juga, ilmu yang luas melaut mengapa tidak mampu mengangkat darjat, malah menghina diri?

Bahkan mereka bermati-matian mencari kebahagiaan dan ketenteraman, sedangkan apa yang diperoleh ialah masalah dan masalah. Apa sebabnya?

Antara sebabnya ialah apa yang mereka memiliki itu tidak berkat. Rasulullah s.a.w mendoakan sahabatnya di majlis perkahwinan semoga rumah tangga berkat.

Malah, supaya dapat kaya, kekayaan yang berkat, sahabat yang ada ilmu berdoa ilmu berkat.

Berkat ialah pelbagai guna, bermanfaat di dunia dan akhirat. Kita tidak hanya boleh berbangga dengan apa yang kita miliki, tetapi yang patut dibanggakan ialah keberkatan menerima nikmat.

Jadi, bukannya kita patut takut tidak memiliki sesuatu, tetapi harus takut sesuatu yang dimiliki tidak berkat.

Berkat maknanya ialah subur, dengan kebaikan, permo honannya diterima dan kebahagiaan. Jadi, keberkatan mem bawa ke syurga sebaliknya, tanpa berkat kita dibawa ke neraka.

Doa yang kita pinta ketika makan berbunyi: “Wahai Tu hanku berkatilah apa yang Engkau berikan pada kami ini dan selamatkanlah daripada api neraka.”

Maknanya makanan yang tidak berkat walaupun sesuap boleh bawa ke neraka. Apa lagi kalau harta bertimbun, apa lagi ilmu melaut. Begitu juga dengan deretan gelaran.

Menurut sejarah, Umar Abdul Aziz ketika menjalankan tugas pada malam hari di Baitulmal tiba-tiba anaknya mengetuk pintu.

Apabila dilihat anaknya yang ingin bertanya mengenai urusan rumah tangga, beliau terus memadamkan lampu.

Si anak bertanya: “Kenapa ayah padamkan lampu.”

Jawab Umar: “Kerana minyak lampu ini milik negara. Ia tidak layak untuk urusan peribadi.”

Inilah contoh keberkatan dalam erti kata yang sebenar. Keberkatan meliputi soal wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Wajib, mesti buat dan jika buat dapat pahala besar tetapi jika tidak buat dosa besar. Perkara yang harus diberikan pilihan, yang makruh patut dijauhi manakala yang haram mesti dijauhi.

Kunci kebahagiaan ialah sederhana di samping pengurusan yang pintar dan segala aktiviti mesti sesuai dengan syariat Allah s.w.t.

Contoh kecil yang dianggap remeh manusia hari ini ialah waktu solat. Mencari harta jangan sampai melupakan solat, mencari harta jangan sampai lupa kepada halal haram.

Mencari untung patut dikerjakan sebanyak mungkin, tetapi apalah ertinya keuntungan jika membabitkan soal haram yang dimurkai Allah.

Pelajar sebagai contoh, apalah ertinya berjaga malam, bersengkang mata, belajar dan mengulangkaji, tetapi esoknya tidak mengerjakan solat Subuh.

Ilmu yang tidak berkat ialah ilmu yang ada di akal, ilmu dalam bentuk maklumat dan pengetahuan, tidak menjadi nur dan petunjuk.

Apabila ilmu tidak berkat, ia hanya boleh berhujah, tetapi tidak boleh merubah mereka.

Wednesday, August 12, 2009

NiSa BLaNJa...

Salam..

dah lama aku x update blog nie... sbb aku bz yang teramat sgt... hari nie baru aku ader masa nak update blog aku nie..

Hari isnin yang lepas ader kawan aku dapat keje tetap kat dalam gov.. so die blanja la kiteorg mkn tghari... dapat la mkn free... aku n yang lain order la aper yang kitaorng nak mkn.. tahniah buat solehatunnisa sbb dapat keje tetap walaupun x jauh maner die posting.. syukur Alhamdulillah...

biler la pulak aku nak dapat keje tetap dalam gov nie... ssh btl la nak cari keje dalam gov... tapi aper pun kene usaha lebih la..aper pun kitaorng enjoy la masa nie...

ira, mai, nisa(yang blanja kitaorg mkn) and nizam(die sorang jer bunga)


abg kedai nie pun nak interframes


liza, k.ina, k.dila, k,ina gak and aku..


sambil2 jalan sempat post kat depan PJH.



posing sambil tggu makanan.


Monday, June 29, 2009

21/06/2009

Assalamualaikum....


kali nak citer pasal aku balik kpg hari 2 g kenduri jiran aku kat kampung...

orng yang kawin ni satu tempat masa aku blaja kat jmti dulu... mak aku bising suruh balik so aku pun balik la...


pagi 2 aku g bowling pas2 g karaoke and then terus balik kpg.....aku bertolak dari kota damansara dalam kol 8 sampai sana dalam 9.30mcm 2 la........ bosan siler dok kpg sbb kat sana aper pun xder maklum umah aku kat kpg xder saper duduk....


sok paginyer aku g kenduri.. sonoknyer g kenduri sbb dah lama x mkn nasi minyak n tgk pengantin.. tema pengatin serba biru.. lepas mkn tgk pengantin terus aku balik umah...


dalam kol 3.00 ptg aku bertolak balik kota damansara balik...


Thursday, June 25, 2009

Permata Yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari

Menggamit kasih cinta bersemi

Hadir cinta insan padaku ini

Anugerah kurniaan Ilahi



Lembut tutur bicaranya

Menarik hatiku untuk mendekatinya

Kesopanannya memikat di hati

Mendamaikan jiwaku yang resah ini



Ya Allah

Jika dia benar untukku

Dekatkanlah hatinya dengan hatiku

Jika dia bukan milikku

Damaikanlah hatiku

Dengan ketentuan-Mu



Dialah permata yang dicari

Selama ini baru kutemui

Tapi ku tak pasti rencana Ilahi

Apakah dia kan kumiliki

Tidak sekali dinodai nafsu

Akan kubatasi dengan syariat-Mu

Jika dirinya bukan untukku

Redha hatiku dengan ketentuan-Mu



Ya Allah

Engkaulah tempat kubergantung harapanku

Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

p/s: aku suker lagu nie sbb tu aku letak dalam blg nie... hayati la nie anda rasa sedih... lagu nie kawan aku yang knl kan pada aku..

B0wliN9 BaC

Pada 21/06/2009 bersamaan hari sabtu kitaorng ada bowling lawan antara team BAC and TM cyberjaya.. Aku happy sgt dapat main ngan team aku kat BAC... team aku terdiri daripada baya,piah,nisa & aku...sian kat akmal terpaksa team lain untuk memenuhkan team TM cyberjaya.. kitaorng sumer sepakat nak pakai baju itam & 2dung putih...Nama team kitaorng terragirl... kononya mcm terrabyte la laju bola tu tapi x laju pun mcm terrabyte lajunye mcm kilobyte jer..huhuhuhuhu..xper yang penting kitaorng happy walaupun x menang...xder satu pun team BAC menang....walaupun aku x menang tapi aku dapat hadiah cabutan bertuah hahahahaha.. 1st time in my life aku dapat cabutan bertuah..bertuah gak aku nie yerk...tapi happy btl la hari 2... kalah pun xper janji happykan....bak kata azwan ali ader aku kesah... habis jer main boling aku ngan team aku g karaoke kat area 2 gak... walaupun esoknyer piah nak exam.... kitaorang nyanyi 12 lah lagu...... mcm nak pecah bilik 2 kitaorng jerit... tapi happy la.. kla tgk la gambar2 aku bersama team BAC and team kerja aku sumer dah jadi kenangan sbb aku last day hari nie kat BAC.
sumer nie adalah sumer bdk2 BAC..... suasana sewaktu bermain bowling.. wah skema ayat.. yg ni team executive kitaorng k.suzi,cik suzi, kecik & k.almy..
aper pun aku happy join group BAC...terima kasih kat team BAC.. Arigato Gozaimas BAC...& thank you....

Sunday, June 21, 2009

fAmiLy AkU

Assalamualaikum...

Malam nie aku nak update blogger aku yang dah beberaper hari aku x update..
member aku kat BAC (baya, pia, akmal terutama sekali kakak mimi)tu dah bising die kata biler nak update blog aku nie...
aku nie x suker sgt menulis nie.. tapi xper la aku try gak la....
so kali nie aku nak citer pulak pasal family aku....
Aku nie family besar.. aku ader 8 orang adik beradik.. aku nie anak yang no. 6 aku ader 3orang
abg, 2 akak & 2 orng adik... family aku ader 4 orng lelaki & 4 orng perempuan...

ini adalah mak and bapak aku
Hj Shamsuri & Hjh
Rohany

abg1 & kakak ipar

abg2 & kakak ipar

kakak1 & abg ipar
kakak2 and abg ipar

nie la cerita pasal family aku nnt aku letak lagi pic2 adik beradik aku yang lain ..xper la janji aku update blo nie... aku nie sajer jer nak buktikan kat k.mimi kat BAC 2 yang aku nie pun mampu buat blog kan2 hahaha...

k la lain aku kali aku update lagi.. bye..