Saturday, March 16, 2013

Jom Jalan Serawak~~~


kenapa sarawak... suka hati aku la aku nak g mane...huuhhu jangan marah yerk....ikut husband aku g keje... die g keje aku ape lagi g jalan la..... biasa la aku klu bab g jalan mesti excited...
lagipun aku xpnh sampai sarawak.... so nie la masa aku g honeymoon... dulu lepas kawen bz so xde masa nak g honeymoon....
aku g lewat sehari dari husband aku sbb aku ade keje kat opis aku yang kene siap kan...lagi pun klu ikut die awal-awal nnt aku dok keras je dalam hotel..... aku mane leh dok keras dalam hotel...harus la aku nak g jalankan sbb dah sampaikan...

Masa mula-mula husband aku kata nak g sarawak die ckp duduk kat pullman... masa aku dengar dok kat pullman hati aku dah berbunga-bunga la.. last-last husband sampai sana die msj kata dok Harbour View Hotel...tensi je aku dengar...sabar jela.. xpe la janji dapat hotel free.....wahahahaahaaa.... ..

Harbour View Hotel nie betul-betul kat tengah bandar kuching.. klu nak g waterfront kuching mmg x jauh la..... korang leh g jalan je....malam-malam korang lepak kat waterfront nie..kat kawasan nie mmg byk hotel...rate Harbour View Hote nie aku xtau berape.... klu korang nak tau rate korang boleh la check kat web site nie http://www.harbourview.com.my/

Harbour View Hotel (cari kat google)
Satu mlm je aku sempat dok hotel nie... lepas tu husband aku ajak g umah akk ipar aku kat serian.... dah sampai sarawak xkan xg melawat k.ipar aku kat sanakan.. jahat benor adik ipar die nie....nasib la dapat adik ipar macam aku nie...wakakakaka.....

klu korang nak tau perjalanan dari umah k.ipar aku ke serian mkn masa satu jam... xkan la aku nak suruh akak ipar aku ulang alik ke bandar kuching nak amik kitaorg... sbb die yg nak bawak aku jalan..so harus la aku tido umah die...untuk korang yang nak g jalan ke sarawak aku suggest g lama sikit sbb kat sini dari satu tempat nak ke satu tempat jauh... so mkn perjalan yang lama....klu korang g dalam masa yang singkat xsempat la nak g mane2..

mek umai... anak buah husband aku...
kat sarawak nie ade tempat shopping best...nama tempat die sarikin.. akk ipar aku kata kebanyakkan barang-barang kat dari indon... aku sempat sambar selai baju ngan kasut.. tapi tempat nie jauh gak la... mkn masa 2 jam gak la dari bandar kuching.. 

si sepet biru..
lagi 1 benda yang aku sempat sambar kat serikin.. benda kat atas nie... kat sarawak udang galah sgt murah...rm35 je sekilo.. klu kat semanjung mau rm80 sekilo.... so apa lagi...husband terus beli sampai 5 kilo...siap beli lagi 5 kilo bawak balik semenanjung... huhuhu masak lomak mmg mantop.....

tgk la muke org puas hati dapat beli udang galah....

tgh pk nak beli ape...wahahaha.. pala ade tanduk...

waterfront kuching..(Dewan Undangan Negeri Sarawak)

Aku xsempat nak g byk tempat sbb x cukup masa... so mmg kene g lagi...hahahah..
hope dapat la bantu korang yang nak jalan ke sarawak yerk... k la merepek byk je... chow chin chow...
wsalam...

Friday, March 15, 2013

~~~Kelebihan Penghulu Segala Hari(Jumaat)~~~

Salam Jumaat... dah jumaat dah hari nie.. cepat benor masa berlalu...
so sempena hari jumaat nie aku nak kongsikan ngan korang kelebihan hari jumaat..
Semoga di hari jumaat nie kite lebih bertaqwa kepada ALLAH s.w.t.. amin...

1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.

4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)

 sama-sama la kita hayati hadis Rasulullah SAW...

Wednesday, March 13, 2013

Mee Udang Kuala Sepetang

semua org kata mee udang kuala sepetang mmg best...
aku pun nak try gak mee udang  kuala sepetang nie... aku search internet mak jah la yang paling popular... skol 10 aku dah dok terconggok kat depan kedai mak jah..kedai pun x bukak lagi...pekerja pun x sampai lg... punye la excited nak mkn mee udang mak jah... kedai bukak kol 12... kat kedai mak jah nie klu mee udang biasa harga dalam rm7 klu yang special dalam rm11... tapi mee udang special udang die mmg superb la... walaupun xbyk tapi udang agak besar la....


pada sesiapa nak g boleh la rasa mee udang mak jah nie.... aku bg 4/5 la... klu korang xnak g kat kuala sepetang mak jah dah bukak cawangan die kat kl try korang search kat internet.. xyah la korang susah-susah nak g kuala sepetang nak makan mee udang mak jah...huhuu

~~layan Perasaan jap~~~

update blog sambil mkn kopok n dengar lagu kat bawah nie mmg terbaekla!!!
lagu melayan perasaan... ceh wah!! tibe-tibe jadi jiwang jap...